BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 6, 2011

karangan soalan 2-ibu!

"Ibu,tengoklah kertas ujian saya ini.Saya mendapat markah penuh!"aku memekik keriangan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba langkahku terhenti.Aku terkejut melihat Ayah dan Abang berada di ruang tamu. Bukankah mereka sepatutnya sedang bekerja? Aku pun menunjukkan kertasku kepada mereka berdua. Mereka berdua tidak menghiraukan aku sama sekali. Air mata mereka pun mengalir di pipi mereka. Aku seperti biasa meletakkan begku di bilik dan aku mencari ibu tetapi ibuku tiada di dapur atau di bilik. Di manakah ibuku pergi? Selalunya dia berada di rumah pada waktu begini. Aku pun bertanya dengan abangku dan dia berkata dengan sedih “jiran-jiran kita menjumpai Ibu pengsan di pasar  dan mereka pun menghantar ibu  ke hospital.Kami menunggumu hingga pulang supaya kita dapat pergi besama-sama”.Ayah,abang dan aku akhirnya pergi ke hospital.

Selepas beberapa minit ayahku memandu,kita pun sampai akhirnya.Kami tunggu di luar ICU. Seorang Doktor pun keluar dari bilik itu dan terus berjumpa dengan ayahku.Alangkah terperanjatnya ayahku dengan berita itu. Dia pun memberitahu aku dan abangku. Air mata kami terus mengalir seperti air sungai yang deras.Kami pun melihat ibu di dalam.Aku tidak boleh membayangkan bagaimana ayahku berasa apabila dia thu bahawa ibuku telah menghidap barah payu dara .Aku amat menyesal dengan apa yang telah ku buat terhadap ibuku  selama ini. "Ya Allah,ampunilah dosa hamba, ya Allah”,bisik hatiku.

Sebulan selepas itu,ibuku sudah dapat pulang ke rumah.Aku pulang dengan ghairah pada hari itu.Alangakah terperanjatnya selepas aku melihat ramai orang berada di rumahku.Aku diberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia.Alangkah sedihnya aku.Aku berasa seperti awan telah jatuh ke bumi.Aku mengikuti jenazah arwah ibuku ke pusara abadi.Aku tidak sangka ibuku ada menghidap penyakit kanser payu dara. Aku hanya mampu berdoa supaya ibuku tenang di alam sana.Aku hanya berharap  roh ibuku  dirahmati Allah. Amin.



MD IRFAN
6C2

0 comments: